Masa depan M109A3GN M 109 A3GN

Pada permulaan abad ke-21, ia jelas bahawa sesuatu perl;u dilakukan terhadap pasukan meriam. Sungguhpun kebanyakan meriam lama ditunda telah dibersarakan, tunggaknya masih M109A3 yang berusia 40 tahun.

Peluang terbuka pada 2002, apabila Belanda mengakui bahawa mereka membeli terlampau banyak Pzh-2000 baru, dan menawarkan 18 darinya kepada Norway dengan pertukaran unit NASAMS lebihan. Norway bersetuju dengan pertukaran tersebut dan menandatangani perjanjian pada 23 Jun 2003. Tetapi apabila Norma mengira semula, mereka mendapati bahawa budget mereka tidak membenarkan perkhidmatan 18 pasukan Pzh-2000, kerana kos setiap meriam kepada kerajaan adalah 50 juta NOK (830 000 USD). Sebaliknya, kerajaan memutuskan untuk menggunakan 40 juta NOK (660 000 USD) bagi mempertingkatkan 14 dari 56 meriam dalam simpanan kepada piwaian moden. Peningkatan ini dijadualkan tamat pada akhir 2007.